Friday, October 22, 2010

Alam yang mempersona

Air Terjun Gunung Stong


Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kuala Krai, Kelantan. Gunung Stong   menyediakan hutan yang menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam dan hidupan liar seperti gajah. Ketinggian Gunung Stong ialah 1433 meter. Gunung Stong menempatkan salah satu air terjun yang merupakan kelima dalam senarai 10 tempat yang menarik dan tertinggi untuk ekotourism di Malaysia. Gunung Stong memang tersohor dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter dan tidak mustahillah air terjun ini merupakan tertinggi di Asia. Antara panorama-panorama yang menarik sekitar Gunung Stong ialah:
·         Gunung Ayam yang terletak bersebelahan Gunung Stong di Hutan Simpan Dabong. Suasana dalam hutan ini sungguh mengasyikkan dengan kicauan burung dan unggas-unggas tetapi ia juga merupakan habitat bagi haiwan-haiwan liar seperti gajah dan harimau.
·         Ketinggian Gunung Ayam ialah 1504 meter iaitu 70 meter lebih tinggi dari Gunung Stong. Sekiranya perjalanan untuk menawan puncak Gunung Stong memakan masa selama 3-4 jam, Gunung Ayam pula memerlukan masa tambahan sebanyak 4-5 jam untuk sampai ke puncak. Namun untuk menempuhi perjalanan seharian ia memakan masa sekurang-kurangnya 9 jam.    
Gunung Ayam yang tersergah indah


Selain itu terdapat juga kawasan perkelahan yang menarik terdapat di daerah Kuala Krai iaitu Air Terjun Lata Rek, Gua Ikan dan Lata Kertas. Lokasi ini memang menarik untuk mengisi masa cuti bersama keluarga.
Lata Rek di Daerah Kuala Krai
  Lata Rek merupakan salah satu sungai yang menjadi tarikan di Kelantan. Ia merupakan air terjun yang ketinggiannya tidak lebih dari 20 meter dan 100 meter panjang. Sungai ini akan menjadi cetek apabila tiba musim  panas. Tetapi pada musim tengkujuh, sungai ini mempunyai air yang dalam antara bulan November dan Februari. Air terjun ini mempunyai batu-batu besar yang menyebabkan air terjun ini turun mengikut bentuk-bentuk batu tersebut. Kedalaman air terjun ini tidak melebihi 20 meter tetapi kepanjangannya hampir 100 meter.
Pemandangan dari jarak jauh Gua Ikan
Gua Ikan terletak di Kampung Slow Pak Long kira-kira 95 km dari Kuala Krai dan 7 km dari Dabong. Perjalanan lebih kurang 30 minit menghala ke Gua Musang melalui Jalan Persekutuan 8 akan menemui satu simpang ke Dabong. Dari simpang tersebut, menghala ke Dabong kira-kira 40 km ke hadapan akan menemui pintu masuk ke tarikan di sebelah kiri.

Gua Batu Kapur
Merupakan tarikan rekreasi alam semulajadi yang terkenal di Kuala Krai. Terdapat gua-gua  laim yang menarik di dalam Bukit Batu Kapor yang direntangi oleh anak sungai yang jernih. Antara aktiviti yang menarik ialah menikmati keindahan flora dan fauna, mandi-manda, rekreasi dan perkelahan.






 

Lata Kertas
Lata Kertas merupakan taman rekreasi tempatan yang berada di Kuala Krai. Mempunyai kemudahan tempat berkelah. Kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut adalah seperti wakaf, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga kedai runcit.
Jaraknya dengan bandar atau pekan terdekat adalah 12km dari bandar Dabong dan 56km dari Bandar Jeli, manakala dari Gua Musang pula adalah sejauh 75km dan jaraknya dengan Air Terjun Gunung Stong adalah 7km.


Sunday, October 17, 2010

Jom Sama-sama Menghargai Alam



       Sungguh indah berada di dusun buah-buahan. Dusun buahan boleh menjadi satu tempat menarik untuk percutian keluarga. Bagi yang berasal dari kampung sudah tentu  mempunyai  dusun yang penuh dengan buah-buahan. Pastinya berada di dusun ketika musimnya sesuatu yang mengembirakan. Buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, rambutan memang enak dimakan secara segar. Ditambah pula jika dikait terus dari pokok dan di makan bawah pokok, tentunya satu kelainan dan mengasyikkan.
         Tapi bagi orang bandar yang tidak mempunyai tanah dusun boleh merasai pengalaman sebegini. Banyak kawasan-kawasan pinggir bandar menyediakan perkhidmatan  bermalam di dusun dan terus boleh menikmatinya buah-buahan tempatan ini. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman yang mengasyikkan.

         Sungguh bahagia rasanya jika kita dapat berdamping dengan alam yang indah ini. Alam sememangnya memberi manfaat dan kebahagian kepada kita. Namun bagi mereka yang sentiasa meneroka alam tanpa belas kasihan, adakah mereka tidak mengerti perasaan ini ?
         Jika alam sekitar ditukar dengan pembangunan sepenuhnya, adakah pengalaman seperti ini akan dapat dinikmati generasi seterusnya.



Alamat Ladang Ternakan Ulu Yam, Lot 821,
Batu 30,

Jalan Ulu Yam Lama,
44300 Batang Kali.
Berhampiran dengan bandar Rawang atau 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.Kedudukan berhampiran simpang Ke Genting Hingland.


Saturday, October 16, 2010

Jika Alam Diterokai Berlebihan

Pembangunan di kawasan bukit. Adakah relevan ?
Kini banyak pembangunan dilakukan di kawasan bukit dan tanah-tanah tinggi. Bukit bukau digondol sesuka hati. Hutan ditebas tebang demi mencari keuntungan. Pihak yang menjalankan kegiatan ini mungkin tidak melihat kesannya pada masa akan datang. Sesungguhnya ia mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.

Lihatlah kesannya apabila  memanipulasi secara berlebihan.

Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti. Sekiranya ia berlaku secara kecillan dan perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan.

Friday, October 15, 2010

Jangan Biarkannya Musnah

Hutan akan kekal indah tanpa pembalakan yang melulu.

Pembalakan dan penebangan hutan yang tidak terkawal sering dikaitkan dengan isu kerosakan kepada sistem ekologi kerana lupusnya tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang berperanan dalam ekosistem tersebut.

Pemanasan global  yang kini mulai menghantui masyarakat umum dunia turut juga disebabkan oleh kegiatan pembakaran kawasan hutan dan menipisnya lapisan ozon.

Kegiatan-kegiatan yang tidak terkawal seperti itu turut mencemari alam sekitar terutama sekali, ancamannya kepada sumber bekalan air, kerana hutan adalah kawasan tadahan hujan semula jadi.




Jika sungai kita tercemar, dapatkah anak cucu kita pada masa hadapan merasai pengalaman seperti ini? Jika pembalakan tidak dipantau, tidak mustahil suatu hari nanti anak cucu kita tidak berpeluang mengenali sungai. Mereka hanya akan dapat melihat parit dan longkang sahaja.






Monday, October 11, 2010

Marilah Sama-sama Bersedia

        Dua minggu dari sekarang. Agaknya masanya akan tiba tidak lama lagi. Terasa debaran ujian akhir sem ini. Adakah aku sempat mengulangkaji semua kursus. Sem ini mungkin agak berat buat aku dan rakan-rakan. Minggu ulangkaji yang dimansuhkan semester ini sedikit sebanyak mengukur kesabaran. Di tambah pula dengan kerja-kerja yang tertangguh. Aduh! terasa seperti terkena pukulan.
       Sudahkah yang lain siapkan senjata untuk menempuhi ujian ni. " Emm awal lagi, masih dua minggu. Enjoy la dulu. Study awal-awal pun tak ingat jugak". Suara-suara siswa sebegini kerap didengar apabila ujian akhir sem datang. Pabila dua tiga hari menjelang ujian. "Kau ada tak nota, aku tak ingat nak ambil masa kuliah".            Beginilah jadinya apabila ambil leka dalam belajar. Bagi siswi pula ibarat ulat buku. Mungkin dah ramai yang bersedia. Tugasan yang diberikan pensyarah tidak pernah di sendal tangguh. Tentu sahaja awal disiapkan. Menjadi kunci kejayaan pejuang hawa.
Bila keputusan sudah keluar tergambar reaksi penuh tanda tanya  pada pelajar. Gembira. Sedih. Keliru.  Stress. Buat-buat tak tahu. Tak terlepas juga bagi yang masih sama keadaan dengan sem lepas. Tak ada rezeki selalu menjadi alasan. Takdir yang dipersalahkan pula. 
        Untuk pesanan kepada diri sendiri dan rakan. Berusahalah. Jangan bertangguh kerana sesungguhnya ia tidak boleh menjadi penyembuh. Banaykkan berdoa meminta pertolonganNya kerana tanpa izinnya kita takkan berjaya.
SEMOGA BERJAYA  !!