
Sungguh indah berada di dusun buah-buahan. Dusun buahan boleh menjadi satu tempat menarik untuk percutian keluarga. Bagi yang berasal dari kampung sudah tentu mempunyai dusun yang penuh dengan buah-buahan. Pastinya berada di dusun ketika musimnya sesuatu yang mengembirakan. Buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, rambutan memang enak dimakan secara segar. Ditambah pula jika dikait terus dari pokok dan di makan bawah pokok, tentunya satu kelainan dan mengasyikkan.
Tapi bagi orang bandar yang tidak mempunyai tanah dusun boleh merasai pengalaman sebegini. Banyak kawasan-kawasan pinggir bandar menyediakan perkhidmatan bermalam di dusun dan terus boleh menikmatinya buah-buahan tempatan ini. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman yang mengasyikkan.
Sungguh bahagia rasanya jika kita dapat berdamping dengan alam yang indah ini. Alam sememangnya memberi manfaat dan kebahagian kepada kita. Namun bagi mereka yang sentiasa meneroka alam tanpa belas kasihan, adakah mereka tidak mengerti perasaan ini ?
Jika alam sekitar ditukar dengan pembangunan sepenuhnya, adakah pengalaman seperti ini akan dapat dinikmati generasi seterusnya.
![]() |
| Alamat Ladang Ternakan Ulu Yam, Lot 821, Batu 30, Jalan Ulu Yam Lama, 44300 Batang Kali. Berhampiran dengan bandar Rawang atau 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.Kedudukan berhampiran simpang Ke Genting Hingland. |



No comments:
Post a Comment