Dua minggu dari sekarang. Agaknya masanya akan tiba tidak lama lagi. Terasa debaran ujian akhir sem ini. Adakah aku sempat mengulangkaji semua kursus. Sem ini mungkin agak berat buat aku dan rakan-rakan. Minggu ulangkaji yang dimansuhkan semester ini sedikit sebanyak mengukur kesabaran. Di tambah pula dengan kerja-kerja yang tertangguh. Aduh! terasa seperti terkena pukulan.
Sudahkah yang lain siapkan senjata untuk menempuhi ujian ni. " Emm awal lagi, masih dua minggu. Enjoy la dulu. Study awal-awal pun tak ingat jugak". Suara-suara siswa sebegini kerap didengar apabila ujian akhir sem datang. Pabila dua tiga hari menjelang ujian. "Kau ada tak nota, aku tak ingat nak ambil masa kuliah". Beginilah jadinya apabila ambil leka dalam belajar. Bagi siswi pula ibarat ulat buku. Mungkin dah ramai yang bersedia. Tugasan yang diberikan pensyarah tidak pernah di sendal tangguh. Tentu sahaja awal disiapkan. Menjadi kunci kejayaan pejuang hawa.
Bila keputusan sudah keluar tergambar reaksi penuh tanda tanya pada pelajar. Gembira. Sedih. Keliru. Stress. Buat-buat tak tahu. Tak terlepas juga bagi yang masih sama keadaan dengan sem lepas. Tak ada rezeki selalu menjadi alasan. Takdir yang dipersalahkan pula.
Untuk pesanan kepada diri sendiri dan rakan. Berusahalah. Jangan bertangguh kerana sesungguhnya ia tidak boleh menjadi penyembuh. Banaykkan berdoa meminta pertolonganNya kerana tanpa izinnya kita takkan berjaya.
SEMOGA BERJAYA !!

No comments:
Post a Comment