Saturday, October 16, 2010

Jika Alam Diterokai Berlebihan

Pembangunan di kawasan bukit. Adakah relevan ?
Kini banyak pembangunan dilakukan di kawasan bukit dan tanah-tanah tinggi. Bukit bukau digondol sesuka hati. Hutan ditebas tebang demi mencari keuntungan. Pihak yang menjalankan kegiatan ini mungkin tidak melihat kesannya pada masa akan datang. Sesungguhnya ia mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.

Lihatlah kesannya apabila  memanipulasi secara berlebihan.

Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti. Sekiranya ia berlaku secara kecillan dan perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan.

No comments:

Post a Comment