Friday, October 22, 2010

Alam yang mempersona

Air Terjun Gunung Stong


Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kuala Krai, Kelantan. Gunung Stong   menyediakan hutan yang menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam dan hidupan liar seperti gajah. Ketinggian Gunung Stong ialah 1433 meter. Gunung Stong menempatkan salah satu air terjun yang merupakan kelima dalam senarai 10 tempat yang menarik dan tertinggi untuk ekotourism di Malaysia. Gunung Stong memang tersohor dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter dan tidak mustahillah air terjun ini merupakan tertinggi di Asia. Antara panorama-panorama yang menarik sekitar Gunung Stong ialah:
·         Gunung Ayam yang terletak bersebelahan Gunung Stong di Hutan Simpan Dabong. Suasana dalam hutan ini sungguh mengasyikkan dengan kicauan burung dan unggas-unggas tetapi ia juga merupakan habitat bagi haiwan-haiwan liar seperti gajah dan harimau.
·         Ketinggian Gunung Ayam ialah 1504 meter iaitu 70 meter lebih tinggi dari Gunung Stong. Sekiranya perjalanan untuk menawan puncak Gunung Stong memakan masa selama 3-4 jam, Gunung Ayam pula memerlukan masa tambahan sebanyak 4-5 jam untuk sampai ke puncak. Namun untuk menempuhi perjalanan seharian ia memakan masa sekurang-kurangnya 9 jam.    
Gunung Ayam yang tersergah indah


Selain itu terdapat juga kawasan perkelahan yang menarik terdapat di daerah Kuala Krai iaitu Air Terjun Lata Rek, Gua Ikan dan Lata Kertas. Lokasi ini memang menarik untuk mengisi masa cuti bersama keluarga.
Lata Rek di Daerah Kuala Krai
  Lata Rek merupakan salah satu sungai yang menjadi tarikan di Kelantan. Ia merupakan air terjun yang ketinggiannya tidak lebih dari 20 meter dan 100 meter panjang. Sungai ini akan menjadi cetek apabila tiba musim  panas. Tetapi pada musim tengkujuh, sungai ini mempunyai air yang dalam antara bulan November dan Februari. Air terjun ini mempunyai batu-batu besar yang menyebabkan air terjun ini turun mengikut bentuk-bentuk batu tersebut. Kedalaman air terjun ini tidak melebihi 20 meter tetapi kepanjangannya hampir 100 meter.
Pemandangan dari jarak jauh Gua Ikan
Gua Ikan terletak di Kampung Slow Pak Long kira-kira 95 km dari Kuala Krai dan 7 km dari Dabong. Perjalanan lebih kurang 30 minit menghala ke Gua Musang melalui Jalan Persekutuan 8 akan menemui satu simpang ke Dabong. Dari simpang tersebut, menghala ke Dabong kira-kira 40 km ke hadapan akan menemui pintu masuk ke tarikan di sebelah kiri.

Gua Batu Kapur
Merupakan tarikan rekreasi alam semulajadi yang terkenal di Kuala Krai. Terdapat gua-gua  laim yang menarik di dalam Bukit Batu Kapor yang direntangi oleh anak sungai yang jernih. Antara aktiviti yang menarik ialah menikmati keindahan flora dan fauna, mandi-manda, rekreasi dan perkelahan.






 

Lata Kertas
Lata Kertas merupakan taman rekreasi tempatan yang berada di Kuala Krai. Mempunyai kemudahan tempat berkelah. Kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut adalah seperti wakaf, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga kedai runcit.
Jaraknya dengan bandar atau pekan terdekat adalah 12km dari bandar Dabong dan 56km dari Bandar Jeli, manakala dari Gua Musang pula adalah sejauh 75km dan jaraknya dengan Air Terjun Gunung Stong adalah 7km.


No comments:

Post a Comment